Nani's FotoPage

By: Nani Mizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 19-Apr-2009 08:00 Email | Share | | Bookmark
family holiday...at Genting Highland Theme Park

jomm..kita enjoy wehh!!!
boring je dalam kete...
we are here now!!!
View all 31 photos...


Masa tu takde terfikir pun nak gi bercuti kat Genting, tapi bila family in law dah rancang peh tu tak jadi, so kitaorang teruskan la jugak niat untuk bercuti ke sana......demi anak-anakku....
Bila semuanya last minute so memang kelam kabut le jadinya...maklum la hari Isnin kan ke cuti di Perak, jadi kitaorang memang tak dapat le nak booked mana2 hotel yang terbaik dan terbagus di sana. Hadap le apa yg ado....so dapat le apartment kat Ria Apartment harga dalam RM 120 (hasil bargain dengan Mr. Ling) time kasih ye...
Cuaca kat sana pun memang macam nak bagi kami rasa kenikmatan bercuti kat atas bukit....sejuk tahap gigil.....baju sejuk bawak tapi tertinggal kat dalam kete, maleh beno nak gi ambik...nyaris le baju semuanya menutup aurat, dapat le cover sikit...hehehe...
.....Selama berada di sana...idak le lama sehari semalam je, kami idak le banyak bermain, semuanya anak-anak je yg main..terutama sekali Aina. Paling best sebab jumpa opismate Public Bank, deme bagi tiket harga murah sebabnya deme tak nak main, dan deme beli tiket tu dengan harga diskaun. Harga all park sepatutnya RM51, tapi kitaorang dapat RM26...jadi memang sakan le aritu....time kasih le pada Winny and the gang
Dah pueh main outdoor (sangat2 le tension sbb kena beratur panjang kalo nak main) kitaorang masuk indoor le pulok...Aina tingin sangat nak main snow....mak aiiii menusuk kalbu betoi sejuk nye.....dalam tu dia bagi makan aiskrim ngan minum yogurt free...amik le bape banyak yg ndak....nak tambah lagi kesejukan yg ada....apalagi dengo aiskrim je memang Aina sapu la...sampei ngeto siap aku yg suap lagi...suap beso2 bio cepat habih...
Lepas habih main snow (45 min masa yg diberi) kitaorang pun melantak le kat pizza...macam le kat Ipoh takde pizza...sebabnya kitaorang tak tahu mana nak cari tempat makan nasik (walaupun ini kali kedua kitaorang ke Genting)...lagipun perut dah lapo gile...so pizza pun pizza laaa...janji kenyang...
Peh tu kitaorang naik ke The Pavilion untuk nengok satu pertunjukkan dari Dreamz. Kitaorang dapat 'jemputan' istimewa dengan harga tiket yg 'istimewa' dari en.Sarip. Kitaorg kenal Sarip ni on the way nak naik Genting, sebab nak cari bilik kosong kat mana-mana hotel menggunakan 'pintu belakang' . Sarip ni kawan kepada salah sorang bekas pekerja catering kami, Antoi. Dia keje kat Genting ni kiranya dah lama la..so mana le tau banyak 'kaki' ke kan.... dapat le kami menumpang mandi...hehehe...alkisahnya Sarip ni menjaga pintu masuk ke Pavilion tu rupenye...so dia cakap bayo je la RM 50 kat dia, dapat le duduk depan pentas....abih tu kami nengok harga tiket depan pentas RM 130 adult, RM 65 child.....so terus le kami bersetuju dengan harga tiket 'istimewa' kami tu.....time kasih banyak2 ye Sarip..hamik ni bunge mekar sejambak tapi sayangnye tak dapek le dia nak nolong sebab camera takleh dicilok kat sana...abih tu aku tepek je la gambo2 dari websitenya..tapi ada le aku curik2 sikit tu pun penjaga2 kat situ dah usha2 manja kat aku...aku apalagi..terus bagi jelingan maut kat dia....
Esoknye Isnin kami check out pukul 12 tengahari dan sekali lagi kami bergumbira kat indoor dan sempat le menyetelkan apa yang tak setel2 lagi semalam.....hehehe
sampai le kami amik kata sepakat pukoi 5 mesti turun dari Genting....sepanjang di sana kami sempat le menggedik berfoto sakan....dan photographer ekonomi handalannya tak lain tak bukan.........................................................................................aku le
Korang enjoy la ye dengan gambo2 kami sekeluarga ni....kalo nak story lebih hangat dan lebih banyak spicy tekan je kat sini http://nanimizi.blogspot.com/

Sekali lagi nak ucap time kasih beribu2 berjuta2 kat korang yg berjaya melancarkan misi kami sekeluarga berseronok sakan kat Genting ni....paling tak terhingga time kasihnye kat family in law aku... sebab kalo tak kerana planning yg terbatal di saat akhir tu mungkin kitaorang tak dapat bercuti empat beranak...time kasih jua untuk Mr.Ling sebab bagi kami special rege kat apartment Ria walaupun masa nak pulangkan deposit macam keras semacam je tangan tu... dan paling jutaan time kasih pada Winny and the geng...Jessica etc. sebab bagi tiket all park yang murah tahap cimpanzi tu....bukan senang ada opismate yg berlainan bangsa yg sanggup tolong menolong sampai ke tahap tu....

thank's all..........


Saturday, 21-Feb-2009 06:26 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Lumut

ni kat Pengkalan Jeti nak ke Pangkor
tengok apa tu??
bersama atok dan opah
View all 31 photos...


Welcome to Lumut, Perak.....hehehe....ala cam orang luar la pulak aku ni. Tak sangka aku Lumut sekarang dah cantik, indah dan permai. Kalo di imbas time2 aku remaja dulu Lumut sekadar tempat lepak2, dating2...or makan2 then beli makanan laut selain jeti tempat tunggu bot nak ke Pulau Pangkor. Tak menarik seperti sekarang. Tak banyak landskap...kiranya kalo nak cari pakwe status navy....hehehe melambak la kat situ....sori ek...abg2 laut sekalian......
So petang Sabtu tu kitaorang gi jalan-jalan ke Lumut, sebenonya nak memperkenalkan kat anak dara aku ni kat mana Lumut. Selain tu saje la nak menghabihkan waktu petang kat situ, dah takde mende nak buat kat rumah kan...paling menci sekali nak cari parking sebab waktu petang kat sini memang laaaaa terlalu ramainya orang. Gerai2 jualan dah makin bertambah..banyak betul barang2 menarik untuk dibuat kenangan. Takpe...takpe lenkali aku datang jenguk gerai2 jualan ni pulak ekk.......sabo...sabo....








Tuesday, 13-Jan-2009 03:30 Email | Share | | Bookmark
Happy 6th Birthday My Lovely Girl..........

Kek Power Puff Girl
Cepat la dah tak sabar ni!!
Seronoknya adik dapat masuk kelas kakak....
View all 19 photos...


Happy birthday, dearest one,
Sweet child of my heart!
We've become one family,
Of which you are a part.
And so I sing out equally
To all of those who are
Mine by blood or fortune blessed,
No more, no less my star!
We are one in love and joy,
In fondness and in worth,
And so as one we celebrate
This day, your day of birth!


Alhamdulillah sempurna sudah majlis sambutan hari lahir untuk anak sulung aku, Nur Aina Saffiya....genap sudah 6 tahun umurnya, diam tak diam makin membesar anak dara aku ni. Permintaan untuk mengadakan birthday party kat tadika dia, kitaorang ikutkan. Maklumlah, tahun ni tahun terakhir dia bersama kawan2nya....belum tentu dia akan jumpa kawan2 yang sama di sekolah kebangsaan nanti. So pagi2 lagi kitaorang kelam kabut nak kejar waktu rehat yang diberikan untuk celebrated birthday party puteri kesayangan kami berdua ni. Suka sangat Aina dapat buat birthday party dengan kawan2 baru dia. Maklum lah baru buka sekolah dah nak buat2 party lak, nama kawan2 pun belum sempat dia hafal lagi. Kami datang awal setengah jam, dengan membawa kek pilihan dia....Power Puff Girl......bersama party packs....jenuh jugak la terutama sekali nak kawal Afi sebab excited sangat dia dapat masuk tadika kakaknya yang colourfull dan penuh dengan buku2 dan mainan.
Disebelah malam pulak kitaorang sekali lagi menyediakan makanan untuk sambutan kat rumah atok n opah di Taman Meru. So aku cadangkan beli pizza je la memandangkan sambutan hanya dihadiri anggota keluarga yang terdekat je. Kali ni Aina nak pilih kek Minnie Mouse lak untuk dipotong dan diberi makan pada anggota keluarga....alhamdulillah sempurna sudah dan terima kasih kepada semua yang sudi bagi hadiah pada Aina. Doa ibu dan ayah, semoga Aina menjadi anak yang baik, cerdik pandai dan solehah...insyaAllah.........


Friday, 26-Dec-2008 13:47 Email | Share | | Bookmark
Bukit Merah Laketown Waterpark

mula sampai
Afi macam letih je
tengah tunggu beli tiket
View all 70 photos...


Sempena cuti hari khamis semalam (cuti x'mas) we all satu family bersama dengan family hubby pergi mandi manda di Waterpark Bukit Merah. Gambar-gambar ni lanjutan dari cite yang aku dah updated kat blog aku, so kalo korang nak cite lebih detail boleh baca kat blog aku. Kat sini aku hanya tempek gambar je la, ok....penat dah nak cite mende yang samakan..so let's enjoy my memories at Bukit Merah Laketown Waterpark!!!


Monday, 22-Dec-2008 06:25 Email | Share | | Bookmark
Weekend at Zoo Taiping & Kuala Kangsar

mula-mula masuk...
iguana..tunggu gak tak tukar warna pun
orang utan...Afi takut sangat...
View all 40 photos...


Alkisahnya kitaorang dah planning lama nak gi Zoo Taiping since sebelum school holiday lagi. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. So semalam 21 Dec adalah hari yang kitaorang dah choose untuk bawak budak2 ni gi nengok binatang. Lagipun Afi dah boleh jalan, dan dia pun dah minat nengok binatang, even cat yang lalu lalang depan umah pun dia dah nganga mulut nengok...hehehe....Aina pun sama last dia visit Zoo Taiping ni masa umur 3 tahun tu ngan cousin dia, Amir. Then gi Zoo Negara lak with family aku. So kitaorang dah set hari semalam adalah masa yang sesuai dan harap-harap biarlah semuanya lancar tanpa hujan.
Malam sebelum tu hubby ada cakap, adik dia ada ajak gi Cameron nak test jalan baru ikut Simpang Pulai tu, tapi aku cakap aku tak nak sebab dah janji ngan anak2 nak bawak ke zoo, so kitaorg batalkan la tak jadi ikut. Tapi pagi semalam adik ipar aku tu kol kata they all pun nak join gi Zoo Taiping gak sebabnya kebetulan family adik ipar aku yang sorang lagi tu nak bawak anak2 dia pegi zoo, eh..ehh..cam berjanji lak.....tapi diaorang pegi dulu sebab budak2 duaorg ni belum siap lagi masing2 baru bangun tido...
Sampai kat sana dalam pukul 12 tengahari, terkejut gak tiket dah mahal sekali service ngan naik ketapi kat dalam zoo tu. Hmmm...dah dekat 2 tahun tak pegi kan, so of coz la tiket dah naik, dewasa RM12 kanak-kanak RM8.....ala kira ok la tu, takde le mahal sangat..maybe dah banyak binatang2 yang baru kot....ataupun persekitarannya dah cantik....
First masuk Afi nampak iguana, dia dah tercengang...heheh....so setiap tempat binatang yang pergi semuanya dia diam je cam terpegun gitu la. Tapi tempat yang paling membuatkan dia tak nak beralih ke lain bila masuk ke tempat burung-burung...nengok je la gambar dia, siap nak main2 lagi ngan burung tu. Aina lak kali ni dia pegi lebih bermakna sikit sebab sambil nengok dia leh baca penerangan tentang haiwan yang ada kat situ. Sampai kat tempat rehat, jumpa la family adik ipar aku ngan mak mentua aku sekali tengah menjamu selera. Di pintu keluar kitaorang bergambar kenangan dengan seekor ular sawa batik (aku teka je)...gambar siap dalam masa seminit harga RM10. Takpe la aku cakap kat hubby janji ada kenangan pegang ular sawa. Mulanya hubby keberatan, aku tau dia macam geli sikit, Aina apalagi memang nyorok belakang aku je, tapi aku cuba memberanikan mereka, so cheeeseeee!!!! dapatla kami abadikan kenangan bersama ular sawa....Afi siap nak picit lagi ekor ular tu...
Selesai melawat zoo, hari pun dah mula hujan, kitaorang pegi ke Kuala Kangsar lak. Kannye apa perut dah lapar gile ni nak makan area2 bandar Taiping hujan lebat lak...lagipun Aina ajak round2 area castle katanya...hehehe nak nengok kawasan istana la tu walaupun hakikatnya dapat nengok pintu pagar je, so kami berhenti makan kat food court tepi Sungai Perak kat Kuala Kangsar tu. Kebetulan lak ada jualan murah sempena school holiday oleh pasaraya Sakan (glemer kat Kuala ni..!!) so, family hubby pun borong la apa yg patut. Selesai memborong kitaorang balik sebab masa tu jam dah pukul 6 petang....tak dapat la nak lalu depan istana...sian Aina sebab ayah nak cepat bola dah start kat tv ni....adoiiiiii.............


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net